Ketiadaan bekalan air bersih akibat paip rosak di persiaran Bandar Seri Alam di Pasir Gudang, Johor sejak Jumaat menyebabkan ramai penduduk terjejas.
Tinjauan Astro Awani di kawasan terjejas di zon Plentong, zon Masai dan Tanjung Langsat, mendapati hampir separuh kedai makan atau restoran terpaksa ditutup dan tidak dapat beroperasi seperti biasa.
Untuk perkembangan lanjut, bersama saya di talian wakil Astro Awani di Johor, Siti Nur Aqilla Omar.